BM | EN | 中文

Covid-19: Johor perlu segera dapatkan vaksin tambahan

aminolhuda-hassan.jpeg

Aminolhuda Hassan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 MEI: Kerajaan Johor digesa mendapatkan segera vaksin tambahan dari kerajaan pusat bagi memenuhi permintaan sebanyak 2.9 juta pemohon dalam negeri ini.

Gesaan itu disuarakan Ketua Pembangkang DUN Johor, Aminolhuda Hassan berkata langkah diambil kerajaan Sarawak dan Selangor membeli vaksin melalui peruntukan sendiri adalah usaha yang baik untuk diikuti negeri Johor.

Katanya, kerajaan Johor melalui Menteri Besar Dato Hasni Mohamad boleh mengadakan perbincangan dengan kerajaan pusat bagi mendapatkan vaksin tersebut untuk rakyat di negeri ini.

Advertisement

“Sekiranya lambat untuk menunggu vaksin dari kerajaan pusat, kerajaan negeri (Johor) boleh mengambil inisiatif dengan membuat pembelian sendiri vaksin berkenaan.

“Johor sebelum ini hanya bergantung kepada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dalam isu penerimaan vaksin ini yang mana pada fasa pertama ia hanya mencapai sebanyak 70,200 penerima dan fasa kedua hanya mencapai sebanyak 600,000 penerima.

“Perkara ini akan jadi lambat sekiranya Johor ingin menyasarkan kepada 2.9 juta penerima vaksin. Ini penting kerana Johor adalah pintu sempadan antara Singapura dan Malaysia. Kita jauh lebih ketinggalan dengan negeri Sarawak,” katanya kepada media.

Advertisement

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan MB Johor ketika ini dilihat seperti sepi dalam membicarakan soal pemberian vaksin ini dan dilihat seolah-olah tidak ada usaha bersungguh dalam memberikannya kepada rakyat.

Tambahnya, Singapura akan membuka sempadan bergantung kepada kes harian yang dihadapi di negeri ini dan kerajaan negeri dilihat tiada keprihatinan terhadap isu ini.

“Sepatutnya Johor merasa malu dengan kerajaan negeri Sarawak yang ke depan dalam isu mendapatkan vaksin ini.

Advertisement

“Seharusnya juga, kerajaan Johor harus lebih prihatin dalam membeli vaksin ini kepada kerajaan pusat kerana ia bagi membolehkan sempadan negara antara Malaysia Singapura ini dapat dibuka kembali.

“Ternyata apa yang berlaku hari ini, kerajaan Johor hanya sepi dalam membicarakan soal vaksin dan tidak sepatutnya membiarkan rakyat terus terbeban,” katanya lagi.

Beliau turut mencadangkan kerajaan bersedia memberikan ujian Covid-19 percuma melalui kaedah RTK khasnya kepada penduduk di kawasan bandar dan pinggir bandar kerana kumpulan ini yang sering terdedah kepada pertemuan ditempat-tempat awam selain di tempat kerja.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top