BM | EN | 中文

Covid-19: Johor catat kes tiga angka

johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 DIS: Negeri Johor mencatatkan 102 kes baru hari ini, dipercayai kali pertama mencatat jumlah tiga angka bagi kes baru.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan berkata, daripada 102 kes yang dilaporkan, 87 adalah daripada kluster-kluster termasuk 23 kes daripada kluster baharu iaitu “Kluster Baloi”.

Manakala sembilan kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan enam kes daripada lain-lain saringan.

Advertisement

Katanya, Kluster Baloi dikesan di Johor Bahru dan Pontian, dengan kes indeks (kes ke-63,152) dilaporkan positif Covid-19 pada 28 November hasil saringan individu bergejala.

“Sehingga hari ini, seramai 166 individu telah disaring, dengan 30 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top