BM | EN | 中文

COVID-19: Johor catat kes harian tertinggi

cover-covid-johor-01.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 30 DIS: Johor buat pertama kalinya melaporkan kes harian tertinggi iaitu 607, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Terdahulu katanya, jangkitan pandemik COVID-19 di Malaysia merekodkan empat digit dengan 1,870 kes baharu dilaporkan hari ini mencecah 110, 485 dengan kes aktif meningkat kepada 22,562.

“Peningkatan kes di Johor disebabkan oleh kluster berkaitan penjara iaitu Kluster Tembok Choh yang melaporkan sebanyak 374 kes, ini diikuti oleh Selangor sebanyak 472 kes dan Sabah sebanyak 280 kes.

Advertisement

Daripada jumlah ini, sebanyak 578 kes (95.2 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau juga memaklumkan pandemik ganas itu meragut enam lagi nyawa menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 463 kes.

Katanya sebanyak 745 kes sembuh hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 ialah 87,460.

Advertisement

Dr Noor Hisham berkata sehingga kini, terdapat 131 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 62 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Tambah beliau Kuala Lumpur mencatatkan sejumlah 219 kes diikuti Pulau Pinang (69), Kelantan (56), Perak (56) manakala Perak dan Pahang masing-masing 48, Negeri Sembilan (34), Kedah (23), Melaka (8), Labuan serta Terengganu masing-masing dua kes dan Putrajaya satu kes.

Katanya kes kematian pula melibatkan lima lelaki dan dua wanita warga tempatan berusia lingkungan 45 hingga 69 tahun iaitu empat di Sabah serta masing-masing satu di Johor dan Selangor.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top