BM | EN | 中文

Covid-19: Johor arah masjid, surau tangguh penganjuran sambutan Maulidur Rasul

masjid-sultan-abu-bakar-johor.jpg

Gambar Ehsan FB Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru

Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 OKT: Kerajaan Johor hari ini mengarahkan semua masjid dan surau dl negeri ini supaya menangguhkan penganjuran majlis sambutan Maulidur Rasul mulai Selasa ini (19 Okt) sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi berkata penangguhan dibuat sebagai langkah berjaga-laga susulan peningkatan kes COVID•19 melibatkan beberapa mukim di daerah negeri ini.

Beliau berkata arahan itu selaras dengan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19 di masjid dan surau negeri ini.

Advertisement

“Bagaimanapun, sambutan boleh dilaksana dan disiarkan secara dalam talian dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor dan kerajaan,” katanya dalam kenyataan harl ini.

Tosrin berkata bagi sambutan peringkat negeri yang dijangka berlangsung di Masjid Sultan Abu Bakar, disini Isnin depan, dengan hanya 50 orang sahaja dibenarkan termasuk Imam, bilal dan petugas.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top