BM | EN | 中文

COVID-19: Johor akan buka 12 lagi pusat penilaian

Vidyananthan-Ramanadhan-1.jpg

R. Vidyananthan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 JAN: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) sedang dalam proses untuk menyediakan 12 lagi Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di negeri ini bagi memenuhi keperluan pesakit positif yang masih belum dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan nasihat dan penilaian awal.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kesihatan Johor R.Vidyananthan berkata penubuhan pusat itu memandangkan hanya terdapat sebuah CAC di negeri ini iaitu di Klinik Kesihatan Bukit Indah.

“Semenjak ditubuhkan CAC pada 10 Jan lepas sehingga semalam (19 Jan), seramai 1,876 pesakit telah hadir ke pusat berkenaan dan daripada jumlah itu, hanya 96 pesakit yang memerlukan rujukan ke hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Beliau berkata pesakit perlu memantau kesihatan diri dan sekiranya bergejala perlu memaklumkan kepada pihak hospital atau Pejabat Kesihatan Daerah untuk pertukaran status.

Semalam, Johor mencatatkan sebanyak 368 kes positif COVID-19 dengan keseluruhan kes setakat ini melibatkan warganegara iaitu 7,913 kes, manakala bukan warganegara 5,794 kes.

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top