KUALA LUMPUR, 26 DIS: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia mencatatkan rekod tertinggi iaitu 2,335 kes dengan jumlah kumulatif 103,900 kes.
Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan dua kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 451 kes.
Daripada 2,335 kes yang dilaporkan hari ini, 2,234 adalah penularan tempatan dan 11 kes import.
Dalam pada itu 874 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 83,414 kes.
Sementara itu terdapat 108 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 50 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 103,900 kes dengan 80.3 peratus kadar sembuh bersamaan 83,414 pesakit, manakala 451 kematian bersamaan 0.40 peratus.
Sehingga kini sejumlah 20,035 kes aktif pada kadar 19.3 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.
Johorkini