BM | EN | 中文

Covid-19: Jangkitan lepasi angka 50,000, empat kematian hari ini, kes aktif 12,814

DG-Hisham-18-Nov.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 18 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan empat kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 322 kes.

Sementara itu jangkitan kumulatif melepasi angka 50,000, iaitu 660 kes baru hari ini direkodkan di Malaysia dengan jumlah keseluruhan sebanyak 50,390.

Daripada 660 kes yang dilaporkan hari ini, 656 adalah kes penularan tempatan dan empat kes import.

Advertisement

Terdapat 630 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 37,254 kes.

Sementara itu terdapat 103 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 41 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 50,390 kes dengan 73.9 peratus kadar sembuh bersamaan 37,254 pesakit, manakala 322 kematian bersamaan 0.60 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 12,814 kes aktif pada kadar 25.4 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top