BM | EN | 中文

Covid-19: Jangkitan kumulatif melebihi 90,000, kes aktif 15,140

Covid-19-1.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 18 DIS: Jangkitan kumulatif Covid-19 di Malaysia kini pada angka 90,816 dengan kes harian baru berjumlah 1,683.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiada kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 432 kes.

Daripada 1,683 kes yang dilaporkan hari ini, 1,675 adalah penularan tempatan dan lapan kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,214 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 75,244 kes.

Sementara itu terdapat 106 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 51 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 90,816 kes dengan 82.9 peratus kadar sembuh bersamaan 75,244 pesakit, manakala 432 kematian bersamaan 0.50 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 15,140 kes aktif pada kadar 16.7 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top