KUALA LUMPUR, 25 DIS: Jangkitan kumulatif Covid-19 di Malaysia sehingga hari ini berjumlah 101,565 dengan kes harian baru 1,247.
Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiga kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 449 kes.
Daripada 1,247 kes yang dilaporkan hari ini, 1,245 adalah penularan tempatan dan dua kes import.
Dalam pada itu 1,441 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 82,540 kes.
Sementara itu terdapat 108 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 47 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 101,565 kes dengan 81.3 peratus kadar sembuh bersamaan 82,540 pesakit, manakala 449 kematian bersamaan 0.40 peratus.
Sehingga kini sejumlah 18,576 kes aktif pada kadar 18.3 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.
Johorkini