BM | EN | 中文

Covid-19: Jangkitan kumulatif 100,318, kes aktif 18,773

covid-19-coronavirus.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 24 DIS: Jangkitan kumulatif Covid-19 di Malaysia melepasi angka 100,00 iaitu 100,318 dengan kes harian baru berjumlah 1,581.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan dua kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 446 kes.

Daripada 1,581 kes yang dilaporkan hari ini, 1,579 adalah penularan tempatan dan dua kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,085 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 81,099 kes.

Sementara itu terdapat 102 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 45 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 100,318 kes dengan 80.8 peratus kadar sembuh bersamaan 81,099 pesakit, manakala 446 kematian bersamaan 0.50 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 18,773 kes aktif pada kadar 18.7 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top