BM | EN | 中文

Covid-19: Jangkitan harian tertinggi direkodkan iaitu 1,755, dua kematian, kes aktif 11,530

global-virus-coronavirus-covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 6 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan dua kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 279 kes.

Sementara itu hari ini turut merekodkan kes tertinggi di negara ini iaitu 1,755 kes baru, dengan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 38,189.

Daripada 1,755 kes yang dilaporkan hari ini, 1,752 adalah kes penularan tempatan dan tiga kes import.

Advertisement

Terdapat 726 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 26,380 kes.

Sementara itu terdapat 83 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 32 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 38,189 kes dengan 69.1 peratus kadar sembuh bersamaan 26,380 pesakit, manakala 279 kematian bersamaan 0.70 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 11,530 kes aktif pada kadar 30.2 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top