BM | EN | 中文

Covid-19: Jangkitan harian 972, lapan kematian, kes aktif 11,308

DG-Hisham-9-Nov.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 9 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan lapan kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 294 kes.

Sementara itu 972 kes baru direkodkan di Malaysia dengan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 41,181.

Daripada 972 kes yang dilaporkan hari ini, 967 adalah kes penularan tempatan dan lima kes import.

Advertisement

Terdapat 1,345 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 29,579 kes.

Sementara itu terdapat 86 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 31 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 41,181 kes dengan 71.8 peratus kadar sembuh bersamaan 29,579 pesakit, manakala 294 kematian bersamaan 0.70 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 11,308 kes aktif pada kadar 27.5 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top