BM | EN | 中文

Covid-19: Jangkitan harian 958, tiga kematian hari ini, kes aktif 13,221

coronavirus-covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 20 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiga kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 329 kes.

Sementara itu jangkitan harian sebanyak 958 direkodkan di Malaysia dengan jumlah keseluruhan sebanyak 52,638.

Daripada 958 kes yang dilaporkan hari ini, 953 adalah kes penularan tempatan dan lima kes import.

Advertisement

Terdapat 956 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 39,088 kes.

Sementara itu terdapat 110 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 42 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 52,638 kes dengan 74.3 peratus kadar sembuh bersamaan 39,088 pesakit, manakala 329 kematian bersamaan 0.60 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 13,221 kes aktif pada kadar 25.1 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top