BM | EN | 中文

Covid-19: Jangkitan harian 957, kes sembuh 972

covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 1 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 957 kes baru direkodkan di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 32,505.

Dalam pada itu, tiada kematian direkodkan hari ini, menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 di Malaysia kekal 249 kes.

Daripada 957 kes yang dilaporkan hari ini, kesemuanya adalah kes penularan tempatan.

Advertisement

Terdapat 972 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 22,220 kes.

Sementara itu terdapat 97 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 27 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 32,505 kes dengan 68.36 peratus kadar sembuh bersamaan 22,220 pesakit, manakala 249 kematian bersamaan 0.77 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 10,036 kes aktif pada kadar 30.88 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top