BM | EN | 中文

Covid-19: Jangkitan harian 919, satu kematian, kes aktif 11,419

DG-Hisham-12-Nov.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 12 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan satu kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 303 kes.

Sementara itu 919 kes baru direkodkan di Malaysia dengan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 43,791.

Daripada 919 kes yang dilaporkan hari ini, 916 adalah kes penularan tempatan dan tiga kes import.

Advertisement

Terdapat 996 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 32,069 kes.

Sementara itu terdapat 92 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 35 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 43,791 kes dengan 73.2 peratus kadar sembuh bersamaan 32,069 pesakit, manakala 303 kematian bersamaan 0.70 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 11,419 kes aktif pada kadar 26.1 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top