BM | EN | 中文

Covid-19: Jangkitan harian 869, enam kematian, kes aktif 11,446

coronavirus-covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 10 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan enam kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 300 kes.

Sementara itu 869 kes baru direkodkan di Malaysia dengan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 42,050.

Daripada 869 kes yang dilaporkan hari ini, 868 adalah kes penularan tempatan dan satu kes import.

Advertisement

Terdapat 725 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 30,304 kes.

Sementara itu terdapat 82 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 27 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 42,050 kes dengan 72.1 peratus kadar sembuh bersamaan 30,304 pesakit, manakala 300 kematian bersamaan 0.70 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 11,446 kes aktif pada kadar 27.2 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top