BM | EN | 中文

Covid-19: Jangkitan harian 852, empat kematian, kes kumulatif 40,209

covid-19-Malaysia-coronavirus.jpg

Coronavirus in world. Novel coronavirus 2019-nCoV. Concept of coronavirus with flag of Malaysia

Advertisement

KUALA LUMPUR, 8 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan empat kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 286 kes.

Sementara itu 852 kes baru direkodkan di Malaysia dengan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 40,209.

Daripada 852 kes yang dilaporkan hari ini, 839 adalah kes penularan tempatan dan 13 kes import.

Advertisement

Terdapat 825 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 28,234 kes.

Sementara itu terdapat 94 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 32 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 40,209 kes dengan 70.2 peratus kadar sembuh bersamaan 28,234 pesakit, manakala 286 kematian bersamaan 0.70 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 11,689 kes aktif pada kadar 29.1 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top