BM | EN | 中文

Covid-19: Jangkitan harian 834, dua kematian, kes sembuh 900

DG-Hisham-2-Nov.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 2 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 834 kes baru direkodkan di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 33,339.

Dalam pada itu, dua kematian direkodkan hari ini, menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 251 kes.

Daripada 834 kes yang dilaporkan hari ini, 831 adalah kes penularan tempatan dan tiga kes import.

Advertisement

Terdapat 900 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 23,120 kes.

Sementara itu terdapat 91 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 32 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 33,339 kes dengan 69.30 peratus kadar sembuh bersamaan 23,120 pesakit, manakala 251 kematian bersamaan 0.80 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 9,968 kes aktif pada kadar 29.9 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top