KUALA LUMPUR, 11 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan dua kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 302 kes.
Sementara itu 822 kes baru direkodkan di Malaysia dengan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 42,872.
Daripada 822 kes yang dilaporkan hari ini, 815 adalah kes penularan tempatan dan tujuh kes import.
Terdapat 769 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 31,073 kes.
Sementara itu terdapat 86 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 30 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 42,872 kes dengan 72.5 peratus kadar sembuh bersamaan 31,073 pesakit, manakala 302 kematian bersamaan 0.70 peratus.
Sehingga kini sejumlah 11,497 kes aktif pada kadar 26.8 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.
Johorkini