KUALA LUMPUR, 30 OKT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiga kematian baru hari ini, menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 di Malaysia sebanyak 249 kes.
Dalam pada itu 799 kes baru direkodkan di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 30,899.
Kesemua kes hari ini adalah kes penularan tempatan.
Terdapat 491 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 20,248 kes.
Sementara itu terdapat 90 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 20 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 30,899 kes dengan 65.55 peratus kadar sembuh bersamaan 20,248 pesakit, manakala 249 kematian bersamaan 0.81 peratus.
Sehingga kini sejumlah 10,392 kes aktif pada kadar 33.64 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.
Johorkini