BM | EN | 中文

Covid-19: Jangkitan harian 659, kes sembuh 1,000

DG_Hisham_31_okt.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 31 OKT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 659 kes baru direkodkan di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 31,548.

Dalam pada itu, tiada kematian direkodkan hari ini, menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 di Malaysia kekal 249 kes.

Daripada 659 yang dilaporkan hari ini, 658 adalah kes penularan tempatan dan satu kes import.

Advertisement

Terdapat 1,000 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 21,248 kes.

Sementara itu terdapat 83 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 19 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 31,548 kes dengan 67.35 peratus kadar sembuh bersamaan 21,248 pesakit, manakala 249 kematian bersamaan 0.79 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 10,051 kes aktif pada kadar 31.86 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top