BM | EN | 中文

Covid-19: Jangkitan harian 649, kes aktif lebih 10,000

coronavirus-COVID-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 29 OKT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 649 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 30,090.

Daripada 649 kes positif yang dilaporkan hari ini, 642 adalah kes penularan tempatan dan tujuh kes import.

Terdapat 685 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 19,757 kes.

Advertisement

Sementara itu terdapat 106 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 23 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 30,090 kes dengan 65.66 peratus kadar sembuh bersamaan 19,757 pesakit, manakala 246 kematian bersamaan 0.82 peratus.

Sehingga kini sejumlah 10,087 kes aktif pada kadar 33.52 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top