BM | EN | 中文

Covid-19: Jangkitan harian 2,295 kes, sembilan kematian, kes aktif 22,398

covid-19-coronavirus.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 2 JAN: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia sebanyak 2,295 kes dengan jumlah kumulatif 117,373 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sembilan kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 483 kes.

Daripada 2,295 kes yang dilaporkan hari ini, 2,286 adalah penularan tempatan dan sembilan kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 3,321 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 94,492 kes.

Sementara itu terdapat 125 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 51 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 117,373 kes dengan 80.5 peratus kadar sembuh bersamaan 94,492 pesakit, manakala 483 kematian bersamaan 0.40 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 22,398 kes aktif pada kadar 19.1 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top