KUALA LUMPUR, 1 JAN: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia sebanyak 2,068 kes dengan jumlah kumulatif 115,078 kes.
Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiga kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 474 kes.
Daripada 2,068 kes yang dilaporkan hari ini, 2,066 adalah penularan tempatan dan dua kes import.
Dalam pada itu 2,230 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 91,171 kes.
Sementara itu terdapat 126 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 54 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 115,078 kes dengan 79.2 peratus kadar sembuh bersamaan 91,171 pesakit, manakala 474 kematian bersamaan 0.40 peratus.
Sehingga kini sejumlah 23,433 kes aktif pada kadar 20.4 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.
Johorkini