BM | EN | 中文

Covid-19: Jangkitan harian 2,062, satu kematian, kes aktif 17,646

covid-19-22-dec-kkm.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 22 DIS: Jangkitan kumulatif Covid-19 di Malaysia kini 97,389 dengan kes harian baru berjumlah 2,062.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan satu kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 439 kes.

Daripada 2,062 kes yang dilaporkan hari ini, 2,058 adalah penularan tempatan dan empat kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 911 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 79,304 kes.

Sementara itu terdapat 111 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 51 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 97,389 kes dengan 81.4 peratus kadar sembuh bersamaan 79,304 pesakit, manakala 439 kematian bersamaan 0.50 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 17,646 kes aktif pada kadar 18.1 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top