BM | EN | 中文

Covid-19: Jangkitan harian 2,027 kes, lapan kematian, kes aktif 22,887

covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 5 JAN: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia sebanyak 2,027 kes dengan jumlah kumulatif 122,845 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan lapan kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 509 kes.

Daripada 2,027 kes yang dilaporkan hari ini, 2,011 adalah penularan tempatan dan 16 kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,221 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 99,499 kes.

Sementara itu terdapat 123 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 52 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 122,845 kes dengan 81 peratus kadar sembuh bersamaan 99,499 pesakit, manakala 509 kematian bersamaan 0.40 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 22,887 kes aktif pada kadar 18.6 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top