KUALA LUMPUR, 21 DIS: Jangkitan kumulatif Covid-19 di Malaysia kini 95,327 dengan kes harian baru berjumlah 2,018.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan satu kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 438 kes.
Daripada 2,018 kes yang dilaporkan hari ini, 2,011 adalah penularan tempatan dan tujuh kes import.
Dalam pada itu 1,084 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 78,393 kes.
Sementara itu terdapat 109 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 55 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 95,327 kes dengan 82.2 peratus kadar sembuh bersamaan 78,393 pesakit, manakala 438 kematian bersamaan 0.50 peratus.
Sehingga kini sejumlah 16,496 kes aktif pada kadar 17.3 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.
Johorkini