BM | EN | 中文

Covid-19: Jangkitan harian 1,937, sembilan kematian, kes aktif 13,751

covid-19-coronavirus.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 12 DIS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sembilan kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 411 kes.

Sementara itu jangkitan harian berjumlah 1,937 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 82,246.

Daripada 1,937 kes yang dilaporkan hari ini, 1,935 adalah penularan tempatan dan dua kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 911 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 68,084 kes.

Sementara itu terdapat 121 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 66 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 82,246 kes dengan 82.8 peratus kadar sembuh bersamaan 68,084 pesakit, manakala 411 kematian bersamaan 0.50 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 13,751 kes aktif pada kadar 16.7 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top