BM | EN | 中文

Covid-19: Jangkitan harian 1,925 kes, dua kematian, kes aktif 21,443

covid-19-3.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 29 DIS: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,925 kes dengan jumlah kumulatif 108,615 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan dua kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 457 kes.

Daripada 1,925 kes yang dilaporkan hari ini, 1,915 adalah penularan tempatan dan sepuluh kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,123 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 86,715 kes.

Sementara itu terdapat 117 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 55 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 108,615 kes dengan 79.8 peratus kadar sembuh bersamaan 86,715 pesakit, manakala 457 kematian bersamaan 0.40 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 21,443 kes aktif pada kadar 19.7 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top