BM | EN | 中文

Covid-19: Jangkitan harian 1,870 kes, enam kematian, kes aktif 22,562

covid-19-Malaysia-coronavirus.jpg

Coronavirus in world. Novel coronavirus 2019-nCoV. Concept of coronavirus with flag of Malaysia

Advertisement

KUALA LUMPUR, 30 DIS: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,870 kes dengan jumlah kumulatif 110,485 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan enam kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 463 kes.

Daripada 1,870 kes yang dilaporkan hari ini, 1,868 adalah penularan tempatan dan dua kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 745 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 87,460 kes.

Sementara itu terdapat 131 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 62 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 110,485 kes dengan 79.2 peratus kadar sembuh bersamaan 87,460 pesakit, manakala 463 kematian bersamaan 0.40 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 22,562 kes aktif pada kadar 20.4 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top