BM | EN | 中文

Covid-19: Jangkitan harian 1,810, enam kematian, kes aktif 12,734

covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 11 DIS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan enam kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 402 kes.

Sementara itu jangkitan harian berjumlah 1,810 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 80,309.

Daripada 1,810 kes yang dilaporkan hari ini, 1,799 adalah penularan tempatan dan 11 kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 937 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 67,173 kes.

Sementara itu terdapat 123 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 63 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 80,309 kes dengan 83.6 peratus kadar sembuh bersamaan 67,173 pesakit, manakala 402 kematian bersamaan 0.50 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 12,734 kes aktif pada kadar 15.9 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top