BM | EN | 中文

Covid-19: Jangkitan harian 1,704 kes, 11 kematian, kes aktif 21,365

covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 3 JAN: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,704 kes dengan jumlah kumulatif 117,077 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 11 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 494 kes.

Daripada 1,704 kes yang dilaporkan hari ini, 1,699 adalah penularan tempatan dan lima kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 2,726 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 97,218 kes.

Sementara itu terdapat 124 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 51 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 119,077 kes dengan 81.6 peratus kadar sembuh bersamaan 97,218 pesakit, manakala 494 kematian bersamaan 0.40 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 21,365 kes aktif pada kadar 18 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top