BM | EN | 中文

Covid-19: Jangkitan harian 1,594 kes, tiga kematian, kes aktif 20,643

Coronavirus_COVID_19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 28 DIS: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,594 kes dengan jumlah kumulatif 106,960 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiga kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 455 kes.

Daripada 1,594 kes yang dilaporkan hari ini, 1,591 adalah penularan tempatan dan tiga kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,181 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 85,592 kes.

Sementara itu terdapat 116 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 53 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 106,960 kes dengan 80.2 peratus kadar sembuh bersamaan 85,592 pesakit, manakala 455 kematian bersamaan 0.40 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 20,643 kes aktif pada kadar 19.4 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top