BM | EN | 中文

Covid-19: Jangkitan harian 1,348, lima kematian, kes aktif 18,279

DG-Hisham-KKM-23-Ded.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 23 DIS: Jangkitan kumulatif Covid-19 di Malaysia kini 98,737 dengan kes harian baru berjumlah 1,348.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan lima kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 444 kes.

Daripada 1,348 kes yang dilaporkan hari ini, 1,332 adalah penularan tempatan dan 16 kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 710 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 80,014 kes.

Sementara itu terdapat 102 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 44 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 98,737 kes dengan 81 peratus kadar sembuh bersamaan 80,014 pesakit, manakala 444 kematian bersamaan 0.50 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 18,279 kes aktif pada kadar 18.5 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top