BM | EN | 中文

Covid-19: Jangkitan harian 1,340, empat kematian, kes aktif 15,563

covid-19-2.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 20 DIS: Jangkitan kumulatif Covid-19 di Malaysia kini 93,309 dengan kes harian baru berjumlah 1,340.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan empat kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 437 kes.

Daripada 1,340 kes yang dilaporkan hari ini, 1,337 adalah penularan tempatan dan tiga kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,067 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 77,309 kes.

Sementara itu terdapat 116 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 57 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 93,309 kes dengan 82.9 peratus kadar sembuh bersamaan 77,309 pesakit, manakala 437 kematian bersamaan 0.50 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 15,563 kes aktif pada kadar 16.7 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top