BM | EN | 中文

Covid-19: Jangkitan harian 1,304, satu kematian, kes aktif 11,822

DG-Hisham-13-Nov.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 13 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan satu kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 304 kes.

Sementara itu 1,304 kes baru direkodkan di Malaysia dengan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 45,095.

Daripada 1,304 kes yang dilaporkan hari ini, 1,300 adalah kes penularan tempatan dan empat kes import.

Advertisement

Terdapat 900 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 32,969 kes.

Sementara itu terdapat 96 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 39 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 45,095kes dengan 73.1 peratus kadar sembuh bersamaan 32,969 pesakit, manakala 304 kematian bersamaan 0.70 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 11,822 kes aktif pada kadar 26.2 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top