KUALA LUMPUR, 16 DIS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tujuh kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 429 kes.
Sementara itu jangkitan harian berjumlah 1,295 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 87,913.
Daripada 1,295 kes yang dilaporkan hari ini, 1,285 adalah penularan tempatan dan 10 kes import.
Dalam pada itu 1,052 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 72,733 kes.
Sementara itu terdapat 113 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 53 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 87,913 kes dengan 82.7 peratus kadar sembuh bersamaan 72,733 pesakit, manakala 429 kematian bersamaan 0.50 peratus.
Sehingga kini sejumlah 14,515 kes aktif pada kadar 16.8 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.
Johorkini