KUALA LUMPUR, 19 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan empat kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 326 kes.
Sementara itu jangkitan harian sebanyak 1,290 direkodkan di Malaysia dengan jumlah keseluruhan sebanyak 51,680.
Daripada 1,290 kes yang dilaporkan hari ini, 1,285 adalah kes penularan tempatan dan lima kes import.
Terdapat 878 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 38,132 kes.
Sementara itu terdapat 110 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 37 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 51,680 kes dengan 73.8 peratus kadar sembuh bersamaan 38,132 pesakit, manakala 326 kematian bersamaan 0.60 peratus.
Sehingga kini sejumlah 13,222 kes aktif pada kadar 25.6 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.
Johorkini