BM | EN | 中文

Covid-19: Jangkitan harian 1,229, empat kematian, kes aktif 13,667

Covid-19-coronavirus-1.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 13 DIS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan empat kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 415 kes.

Sementara itu jangkitan harian berjumlah 1,229 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 83,475.

Daripada 1,229 kes yang dilaporkan hari ini, 1,227 adalah penularan tempatan dan dua kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 1,309 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 69,393 kes.

Sementara itu terdapat 116 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 65 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 83,475 kes dengan 83.1 peratus kadar sembuh bersamaan 69,393 pesakit, manakala 415 kematian bersamaan 0.50 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 13,667 kes aktif pada kadar 16.4 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top