KUALA LUMPUR, 17 DIS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiga kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 432 kes.
Sementara itu jangkitan harian berjumlah 1,220 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 89,133.
Daripada 1,220 kes yang dilaporkan hari ini, 1,214 adalah penularan tempatan dan enam kes import.
Dalam pada itu 1,297 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 74,030 kes.
Sementara itu terdapat 106 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 53 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 89,133 kes dengan 83.1 peratus kadar sembuh bersamaan 74,030 pesakit, manakala 432 kematian bersamaan 0.50 peratus.
Sehingga kini sejumlah 14,671 kes aktif pada kadar 16.8 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.
Johorkini