BM | EN | 中文

Covid-19: Jangkitan harian 1,210, lima kematian, kes aktif 12,788

Coronavirus-COVID-19-1.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 17 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan lima kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 318 kes.

Sementara itu 1,210 kes baru direkodkan di Malaysia dengan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 49,730.

Daripada 1,210 kes yang dilaporkan hari ini, 1,191 adalah kes penularan tempatan dan 19 kes import.

Advertisement

Terdapat 1,108 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 36,624 kes.

Sementara itu terdapat 105 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 40 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 49,730 kes dengan 73.7 peratus kadar sembuh bersamaan 36,624 pesakit, manakala 318 kematian bersamaan 0.60 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 12,788 kes aktif pada kadar 25.7 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top