BM | EN | 中文

Covid-19: Jangkitan harian 1,208, tiga kematian, kes aktif 12,323

covid-19-coronavirus-2.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 15 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiga kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 309 kes.

Sementara itu 1,208 kes baru direkodkan di Malaysia dengan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 47,417.

Daripada 1,208 kes yang dilaporkan hari ini, 1,202 adalah kes penularan tempatan dan enam kes import.

Advertisement

Terdapat 1,013 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 34,785 kes.

Sementara itu terdapat 104 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 42 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 47,417 kes dengan 73.4 peratus kadar sembuh bersamaan 34,785 pesakit, manakala 309 kematian bersamaan 0.70 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 12,323 kes aktif pada kadar 26 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top