BM | EN | 中文

Covid-19: Jangkitan harian 1,196 kes, satu kematian, kes aktif 20,233

covid-19-coronavirus-2.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 27 DIS: Jangkitan harian Covid-19 di Malaysia sebanyak 1,196 kes dengan jumlah kumulatif 105,096 kes.

Dalam pada itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan satu kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 452 kes.

Daripada 1,196 kes yang dilaporkan hari ini, 1,191 adalah penularan tempatan dan lima kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 997 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 84,411 kes.

Sementara itu terdapat 111 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 50 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 105,096 kes dengan 80.3 peratus kadar sembuh bersamaan 84,411 pesakit, manakala 452 kematian bersamaan 0.40 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 20,233 kes aktif pada kadar 19.3 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top