BM | EN | 中文

Covid-19: Jangkitan harian 1,168, tiga kematian, kes aktif 11,666

covid-19-testing-ujian-makmal-saringan.jpg

Gambar Ehsan i.insider.com

Advertisement

KUALA LUMPUR, 7 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiga kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 282 kes.

Sementara itu 1,168 kes baru direkodkan di Malaysia dengan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 39,357.

Daripada 1,168 kes yang dilaporkan hari ini, kesemuanya adalah kes penularan tempatan.

Advertisement

Terdapat 1,029 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 27,409 kes.

Sementara itu terdapat 87 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 32 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 39,357 kes dengan 69.6 peratus kadar sembuh bersamaan 27,409 pesakit, manakala 282 kematian bersamaan 0.70 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 11,666 kes aktif pada kadar 29.6 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top