BM | EN | 中文

Covid-19: Jangkitan harian 1,153, satu kematian, kes aktif 15,294

coronavirus-covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 19 DIS: Jangkitan kumulatif Covid-19 di Malaysia kini 91,969 dengan kes harian baru berjumlah 1,153.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan satu kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan 433 kes.

Daripada 1,153 kes yang dilaporkan hari ini, 1,151 adalah penularan tempatan dan dua kes import.

Advertisement

Dalam pada itu 998 kes sembuh dilaporkan menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 76,242 kes.

Sementara itu terdapat 112 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 56 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 91,969 kes dengan 82.9 peratus kadar sembuh bersamaan 76,242 pesakit, manakala 433 kematian bersamaan 0.50 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 15,294 kes aktif pada kadar 16.6 peratus dari keseluruhan kes positif Covid-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top