BM | EN | 中文

Covid-19: Jangkitan harian 1,114, dua kematian, kes aktif 12,131

coronavirus-covid-19-covid.jpeg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 14 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan dua kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 306 kes.

Sementara itu 1,114 kes baru direkodkan di Malaysia dengan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 46,209.

Daripada 1,14 kes yang dilaporkan hari ini, 1,112 adalah kes penularan tempatan dan dua kes import.

Advertisement

Terdapat 803 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 33,772 kes.

Sementara itu terdapat 103 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 43 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 46,209 kes dengan 73.1 peratus kadar sembuh bersamaan 33,772 pesakit, manakala 306 kematian bersamaan 0.70 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 12,131 kes aktif pada kadar 26 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top