BM | EN | 中文

Covid-19: Jangkitan harian 1,103, empat kematian, kes aktif 12,601

antivirus-covid-19.jpg

Gambar Ehsan Selangorkini / Reuters

Advertisement

KUALA LUMPUR, 16 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan empat kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 313 kes.

Sementara itu 1,103 kes baru direkodkan di Malaysia dengan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 48,520.

Daripada 1,103 kes yang dilaporkan hari ini, 1,102 adalah kes penularan tempatan dan satu kes import.

Advertisement

Terdapat 821 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 35,606 kes.

Sementara itu terdapat 102 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 39 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 48,520 kes dengan 73.4 peratus kadar sembuh bersamaan 35,606 pesakit, manakala 313 kematian bersamaan 0.70 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 12,601 kes aktif pada kadar 26 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top