KUALA LUMPUR, 22 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tiga kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 335 kes.
Sementara itu jangkitan harian sebanyak 1,096 direkodkan di Malaysia dengan jumlah keseluruhan sebanyak 54,775.
Daripada 1,096 kes yang dilaporkan hari ini, 1,090 adalah kes penularan tempatan dan enam kes import.
Terdapat 1,104 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 41,597 kes.
Sementara itu terdapat 106 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 46 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah keseluruhan kes positif adalah 54,775 kes dengan 75.9 peratus kadar sembuh bersamaan 41,597 pesakit, manakala 335 kematian bersamaan 0.60 peratus.
Sehingga kini sejumlah 12,843 kes aktif pada kadar 23.5 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.
Johorkini