BM | EN | 中文

Covid-19: Jangkitan harian 1,054 dengan 12 kematian, kes aktif kembali lepasi 10,000

DG-Hisham-3-Nov.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 3 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 12 kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 263 kes.

Sementara itu kes kembali melepasi angka seribu dengan 1,054 kes baru direkodkan di Malaysia dengan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 34,393.

Daripada 1,054 kes yang dilaporkan hari ini, 1,040 adalah kes penularan tempatan dan 14 kes import.

Advertisement

Terdapat 875 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 23,995 kes.

Sementara itu terdapat 94 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 32 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 34,393 kes dengan 69.80 peratus kadar sembuh bersamaan 23,995 pesakit, manakala 263 kematian bersamaan 0.80 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 10,135 kes aktif pada kadar 29.5 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top