BM | EN | 中文

Covid-19: Jangkitan harian 1,032, lapan kematian, kes aktif 10,339

DG-Hisham-4-Nov.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 4 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan lapan kematian akibat Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 271 kes.

Sementara itu 1,032 kes baru direkodkan di Malaysia dengan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 35,425.

Daripada 1,032 kes yang dilaporkan hari ini, 1,029 adalah kes penularan tempatan dan tiga kes import.

Advertisement

Terdapat 820 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 24,815 kes.

Sementara itu terdapat 82 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 27 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 35,425 kes dengan 70.1 peratus kadar sembuh bersamaan 24,815 pesakit, manakala 271 kematian bersamaan 0.80 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 10,339 kes aktif pada kadar 29.2 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top